SINGAPURA: Dalam beberapa jam sahaja lagi, skuad bola sepak Harimau Malaya dan Singa Singapura akan menggegar Stadium Jalan Besar di sini dalam usaha melepasi pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia.
Dengan peminat yang mengharapkan kemenangan untuk pasukan masing-masing, kedua-dua pasukan kini bersedia mempamerkan persembahan terbaik.
Pemain sudah pasti menghadapi tekanan kerana peminat mahukan kemenangan, oleh itu apa jua keputusan, mereka harus bijak mengawal diri semasa perlawanan, yang dianggap perlawanan paling menarik musim ini.
Bagi Singa, kelebihan bermain di tempat sendiri boleh memberi lebih tekanan dengan kehadiran ribuan peminat memenuhi stadium.
Dengan slogan 'Malaysia Boleh', skuad Harimau juga tidak sanggup menghadapi kekalahan pada malam tadi..